-->

Pulut kuning buat Ziana

FotoPEMINAT meraikan ulang tahun Ziana dengan pulut kuning yang mereka masak sendiri.

Ziana berkata, setiap tahun pasti ada saja aktiviti yang dianjurkan kelab peminatnya. Kadang-kadang ia dilakukan tanpa pengetahuan Ziana apabila segala-galanya sudah tersedia dan dia hanya perlu datang membawa diri saja.


“Alhamdulillah soko­ngan kelab peminat sejak dulu hingga sekarang tidak pernah berubah. Setiap tahun ada saja aktiviti yang mereka atur bagi meluang­kan masa bersama-sama saya.

“Jika tahun lalu mereka meraikannya di pusat karaoke dan sama-sama menyanyi dengan saya, tahun ini mereka mahukan kelainan dengan aktiviti berkelah sambil beriadah. Mereka sepakat memilih Tanah Aina sebagai lokasi yang penuh dengan pelbagai aktiviti seperti jungle tracking, flying fox selain memiliki air terjun yang cantik.

“Paling membuatkan saya rasa terharu, ada yang datang jauh dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura,” katanya.

Istimewanya di Tanah Aina ini, selain menyediakan chalet, pengunjung juga boleh mencuba penginapan di dalam khemah. Apa yang menarik, Ziana begitu ‘sporting’ apabila sanggup bermalam di khemah meskipun peminat menyuruhnya menginap dalam chalet.

“Tempat ini sangat istimewa, selalu orang ha­nya menyediakan khemah biasa tetapi di Tanah Aina, khemah yang disediakan sangat selesa untuk sesiapa saja bermalam kerana itulah saya memilih untuk sama-sama dengan peminat tidur di situ.

“Bagi saya di tempat seperti ini bukan waktu untuk sentiasa kelihatan cantik, apatah lagi dengan pelbagai aktiviti lasak yang dilakukan pastinya semua lebih selesa berpakaian santai tanpa mekap di muka.

“Saya mahu peminat gembira dengan kehadiran saya, apatah lagi percutian ini dibuat demi saya jadi tidak perlulah saya terlalu menjaga diri sehingga membuatkan peminat berasa kurang selesa. Saya mahu semua gembira sepanjang dua hari bersama saya di sini,” kata Ziana.

Bukan hanya padat de­ngan aktiviti riadah, pada malam hari pertama berada di sana, Ziana dikejut­kan dengan pulut kuning sebagai ganti kek meraikan ulang tahun kelahirannya.

Menariknya, ada cerita di sebalik menyiapkan pulut kuning dan rendang yang dimasak khas oleh dua peminat Ziana iaitu Presiden ZianaFolks, Zack dan Arm Rahmat.

“Mereka begitu bersungguh-sungguh menyiapkan segala aktiviti dan sanggup memasak sendiri pulut kuning khas untuk meraikan saya. Lucunya, malam sebelum hari bertolak mereka memasak pulut kuning tiba-tiba gas habis dan terpaksa pergi ke rumah Arm untuk menyambung masak pulut berkenaan sehingga pagi.

“Tidak dapat saya bayang­kan betapa bersungguh-sungguh mereka sehingga sanggup bersengkang mata tidak tidur dan sampai saja di destinasi terus melakukan pelbagai aktiviti yang sudah diatur.

“Sangat terharu atas penghargaan mereka kepada saya, kebanyakan mereka sudah mula mengikuti perkembangan saya sejak saya anak dara lagi,” kata­nya.

Bagi mencari kelainan, pada malam acara meraikan ulang tahun Ziana, masing-masing begitu ‘sporting’ memakai kain pelikat dan batik sebagai tema majlis.

sumber:www.hmetro.com.my
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar