Tahniah diucapkan kepada Nana Mahazan yang telah disahkan hamil. Berkongsi berita gembira ini bersama pengikutnya di akaun Instagram, Nana menjelaskan usia kandungan kini hampir mencecah 13 minggu.
"Syukur.. I'm pregnant! Alhamdulillah.. Selepas setahun mencuba dan beribu kali org tanya, akhirnya Allah kurniakan rezeki utk saya dan MRB.. Hari ini saya 12 minggu 6 hari.. Baru lepas check up tadi dan baby alhamdulillah sihat dan membesar bagai johan.." katanya.

Nana dijangka akan melahirkan cahaya mata keduanya pada 17 Disember kelak dan meminta peminat untuk mendoakan kesihatannya.

sumber-http://mediahiburan.karangkraf.com