Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan(8,000 kilogram).
Pintu
Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani
Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan
Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada
tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang
dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya
mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak
dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah SWT menerusi ayat 58, surah An-Nisa' yang mafhumnya, 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya'.

masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasulullah
memulangkan semula kunci Kaabah itu membuka hati ketua Bani Syaibah
untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.
sumber=http://dairishare.blogspot.com