PETALING JAYA: Waktunya semakin hampir untuk kita menyaksikan kemeriahan suasana bagaimana seluruh rakyat Malaysia akan keluar untuk membuang undi pada Ahad ini (esok).
Malah, sudah pasti kita juga akan berkira-kira siapakah yang akan memerintah negara sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) melalui sebuah proses pemilihan pemimpin dalam negara demokrasi.
Sempena meraikan saat-saat akhir Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) ini, mStar Online mengumpulkan beberapa komen ringkas selebriti terpilih mengenai sambutan berkenaan.
Kebanyakan mereka mengharapkan agar PRU-13 ini berjalan lancar tanpa timbul sebarang kekacauan dan masalah.
Kita juga wajar menerima hakikat terhadap apa juga keputusan yang bakal diperoleh dalam PRU-13 ini.
Umur: 34 tahun
Kawasan mengundi: Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Lagu popular: Muara Hati & Falling In Love
“Siti berharap proses pembuangan undi akan berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia harus keluar mengundi dengan aman.
"Lakukan amanah dan tanggungjawab terhadap negara dan elakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Umur: 51 tahun
Kawasan mengundi: Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur
Rancangan popular: Pengacara Akademi Fantasia & Macam-Macam Aznil
“Keadaan berkempen sekarang berbeza kerana kini ramai yang terlalu taksub dengan parti yang disokong sehingga menimbulkan provokasi dan kekecohan.
"Kalau dulu lebih tenang dan suasananya meriah apabila semua bersatu hati meraikan demokrasi.
"Bagaimanapun pada pandangan saya, sesiapapun yang menang dan berjaya membentuk kerajaan, kita perlulah hormat dan teruskan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.”
Umur: 54 tahun
Kawasan mengundi: Parlimen Kelana Jaya
Lagu popular: Sendiri, Takdir Penentu Segala & Penghujung Rindu
“Saya akan tetap sokong Barisan Nasional (BN) kerana saya percaya dengan keupayaan kerajaan BN untuk mentadbir negara.
"Saya berpuas hati dengan kejayaan kemajuan Malaysia pada ketika ini.
"Jadi, buat apa kita nak pilih parti lain memerintah jika BN berjaya membawa kecemerlangan kepada negara kita.”
Umur: 42
Filem: Hanya Kawan, Tipu Kanan Tipu Kiri & Cuci.
Kawasan mengundi: Parlimen, Ampang, Selangor
“Penduduk di Malaysia cukup bertuah dengan keadaan politik semasa berbanding negara-negara lain yang sentiasa bergolak dan berlaku tunjuk perasaan masih berada pada takuk lama.
"Berdasarkan keadaan semasa di Malaysia pengundi harus berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia bukan perkara semudah yang disangka.
Umur: 24 tahun
Filem: Azura 2012
Kawasan mengundi: Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
"Ini merupakan kali pertama saya mengundi dan saya memang teruja untuk membuang undi. Saya anggap undi saya ini amat penting dalam membantu parti yang saya pilih untuk membentuk kerajaan."
Umur: 42 tahun
Filem: Kad Cinta & Leftenan Adnan
Kawasan mengundi: Parlimen Pandan, Kuala Lumpur
“Saya adalah penyokong kuat PAS dan saya amat berharap kali ini Pakatan Rakyat (PR)dapat memenangi PRU-13 dan sekali gus membentuk kerajaan.
"Trend PRU-13 ini amat luar biasa berbanding PRU sebelum-sebelum ini kerana golongan muda semakin ramai menunjukkan sokongan mereka kepada PR."
Umur: 53 tahun
Lagu Popular: Isabella, Gadisku & Pawana
Kawasan Mengundi: Parlimen Ampang, Kuala Lumpur
"Sejak saya berusia 21 tahun saya tidak pernah melepaskan peluang untuk keluar mengundi dan menjalankan tanggungjawab saya kepada negara.
"Apa yang saya harapkan selepas PRU-13 ini, negara kita akan terus aman, politik akan lebih stabil manakala kedudukan ekonomi serta negara sentiasa maju dan aman.”
Umur: 23 tahun
Drama: Karlos (TV3) & Lara (RTM)
Kawasan mengundi: Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang
“Sebagai pelakon baru, saya berpeluang untuk mengikuti kempen anjuran BN di beberapa lokasi terpilih.
"Apa yang saya lihat, golongan muda memberi sokongan yang baik terhadap PRU-13 ini.
"Pada pandangan peribadi, saya berpuas hati dengan pencapaian negara sekarang dan saya berharap kerajaan yang ada akan dapat meneruskan kepimpinan mereka."
Umur: 26 tahun
Lagu popular: Situasi
Kawasan mengundi: Parlimen Kota Raja, Selangor
“Saya sebenarnya tidak sabar untuk membuang undi. Sebagai rakyat Malaysia, ini adalah satu tanggungjawab besar yang harus saya laksanakan.
"Saya mengimpikan sebuah negara yang lebih maju dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni."
sumber