-->

A.Aida tidak lagi ingin memikirkan soal kahwin Selepas 3 Kali Gagal Dalam Rumah Tangga



A. Aida mahu memberikan tumpuan kepada syarikat produksi miliknya dan anak-anak. 
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, A. Aida tidak lagi ingin memikirkan soal kahwin selepas bercerai dengan Deputi Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.
A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, berkata, dia bukan serik untuk berumah tangga tetapi mahu memberikan tumpuan kepada pembangunan syarikatnya iaitu A. Aida Productions Sdn Bhd dan membesarkan anak-anaknya.
"Saya tidak mahu lagi berfikir mengenai soal kahwin atau mencari pengganti kerana ia tidak penting lagi buat diri saya. Tumpuan akan diberikan sepenuhnya kepada syarikat produksi bagi menerbitkan lebih banyak program menarik untuk penonton," jelasnya kepada mStar Online pada Khamis.
Konflik rumah tangga pasangan itu akhirnya selesai apabila A. Aida dan Suffian sah bercerai secara baik dengan talak dua selepas menarik balik permohonan cerai secara fasakh yang difailkan sebelum ini.
Hakim Syarie Umamuddin Yunus menyabitkan lafaz cerai Suffian sebagai sah dan memerintahkan A.Aida untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula Khamis.
Suffian pada mulanya memohon kepada mahkamah untuk menceraikan A. Aida talak tiga tetapi ditolak.
Dalam pada itu, A.Aida berkata, dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan Suffian dalam tempoh perkenalan yang singkat dan menganggap kegagalan rumah tangganya itu sebagai pengajaran yang cukup hebat.
"Cinta selepas berkahwin tidak begitu menjadi dalam perkahwinan ketiga saya ini. Pada pandangan saya, seseorang itu perlu mengenali pasangan mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
"Kesilapan saya apabila tidak mengenali bekas suami dengan lebih mendalam terlebih dahulu tetapi saya tidak pernah menyesal," katanya.
Bagaimanapun A. Aida berkata, dia kesal apabila Suffian seolah-olah cuba menjatuhkan maruahnya sebagai wanita dengan meminta kebenaran hakim untuk menceraikannya dengan talak tiga.
"Saya hilang rasa hormat terhadapnya sebagai seorang lelaki dan tindakannya itu telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar," katanya.
Pun begitu, A. Aida berkata, dia tidak akan sesekali memisahkan anak mereka, Muhammad Rahul, yang berusia empat tahun dengan Suffian dan akan memastikan hubungan mereka akan sentiasa terjalin.
"Lega apabila episod pahit tentang rumah tangga akhirnya selesai tanpa sebarang masalah besar tetapi hubungan Suffian dan anak kami tidak akan sesekali saya abaikan," katanya.
A. Aida berkahwin dengan Suffian yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, pada 20 April 2007.
Suffian yang merupakan sorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun.
A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian.
sumber

 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar