-->

Cara nak dapatkan idea untuk update blog anda

Dibawah ini adalah caranya:

1. Ketahui isu semasa
Mengetahui isu semasa adalah penting untuk mendapatkan idea untuk menaip dalam blog. Ini kerana isu semasa sentiasa akan menjadi yang terbaru. Hari ini ada suatu perkara yang berlaku, minggu depan perkara lain pula.


Tips bagaimana cara dapatkan idea menaip entri Blog

Jika korang mengikuti perkembangan semasa, sebenarnya terlalu banyak idea untuk korang menaip dalam blog, tapi korang kena ketahui juga isu semasa mana yang perlu, isu semasa mana yang tidak perlu.

2. Tidak semestinya tertumpu kepada fakta.
Fakta adalah penting, tetapi ada ketikanya entri korang tidak perlu tertumpu kepada fakta semata-mata. Sebagai contoh, isu terbaru adalah pencerobohan di Lahad Datu. Korang boleh buat entri berkaitan kronologi dan fakta nombor,tarikh, bilangan, tetapi ianya sedikit merumitkan kerana korang perlu mencari sumber untuk membuat entri sebegini. Jika tidak jumpa maklumat, korang akan mula rasa malas pula untuk teruskan.
Tips bagaimana cara dapatkan idea menaip entri Blog

Jadi, antara perkara paling senang adalah membuat entri, bukan berbentuk fakta tetapi berkaitan dengan isu semasa tesebut. Mungkin korang boleh buat entri berkaitan pendapat dan pandangan tentang isu ini. Ianya lebih meringankan otak korang untuk mengarang. So pabila kita membuat entri berkaitan pandangan, maka ianya akan lebih 'terbuka' kerana pandangan seseorang adalah subjektif, berbanding entri fakta yang memerlukan maklumat yang tepat.

3. Apa yang berlaku di sekeliling korang.
Isu semasa boleh jadi hal yang jauh merentasi negeri atau negara. Apa yang berlaku disekeliling korang pula adalah apa yang korang sedar kewujudannya. Sebagai contoh, korang berjalan² di pasar malam, dan ternampak ada orang bergaduh di pasar malam.

Tips bagaimana cara dapatkan idea menaip entri Blog

Walaupun korang nampak orang bergaduh, tetapi lebih baik entri korang tidak tertumpu kepada pergaduhan pasar malam itu, jadikan entri korang lebih universal. Jika korang tertumpu, entri korang akan jadi seperti ini " Tadi aku nampak pergaduhan", tetapi jika korang lebih terbuka sedikit, entri akan menjadi seperti ini " kenapa perlu bergaduh.?". dengan sebegini, korang akan memberi sedikit pandangan kemudian baru disusuli contoh. Dan entri ada akan melibatkan pandangan boleh 'digunakan' untuk jangka masa panjang, bukan hanya untuk peristiwa itu sahaja.

4. Apa yang berlaku kepada korang.

Tips bagaimana cara dapatkan idea menaip entri Blog

Korang mengalami kehidupan korang sendiri bukan, dan korang tahu apa yang berlaku dalam kepada diri korang. Sebagai contohnya, korang berasa bosan. Walaupun bosan ini berlaku pada diri korang, tetapi korang tidak perlu taip entri bertajuk "argh, bosannya hari ini", tetapi cuba bayangkan korang mencari sedikit maklumat, kemudian membuat entri bertajuk "bosan.? bagaimana untuk mengatasinya". Entri ini akan buat pengunjung terasa lebih berminat untuk membaca.:) (kecualilah memang blog peribadi yang teramat:)
kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar