-->

Kenali gejala kanser prostat


Kenali gejala kanser prostat

Kenali gejala kanser prostat -RAMAI yang mengetahui menganggap kanser prostat  dihidapi lelaki berusia. Tapi itu tidak bermakna lelaki yang masih muda boleh mengabaikannya. Di usia mudalah lelaki patut mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat merendahkan risiko kanser prostat ketika tua nanti.

Hakikatnya, kanser prostat merupakan salah satu pembunuh utama kaum lelaki di Malaysia.

Berikut antara gaya hidup sihat yang boleh diamalkan generasi muda agar terhindar daripada kanser prostat:

Langkah Awal Cegah Kanser

Senaman

Lelaki yang bersenam sekurang-kurangnya tiga jam seminggu mempunyai risiko 61% lebih rendah untuk mendapat kanser prostat berbanding dengan lelaki yang bersenam kurang dari satu jam seminggu.

Antara aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap minggu ialah berlari, berbasikal, berjalan, berenang, dan melakukan kerja-kerja luar yang mengeluarkan peluh.

Diet


Diet dan gaya hidup mempunyai kesan untuk menurunkan risiko kanser prostat. Lelaki perlu makan karbohidrat yang tinggi serat, kurangkan minuman bersusu serta mengelak diabetes dan faktor risiko sakit jantung agar terlindung daripada kanser prostat.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat

Gejala-gejala awal yang tidak jelas telah menyebabkan para pesakit tidak menyedari mereka sedang menghidap penyakit kanser prostat sehinggalah ianya mengancam nyawa.

Oleh sebab itu, lelaki yang berumur 45 tahun ke atas perlu menjalani ujian saringan iaitu ujian darah yang dipanggil Prostate Specific Antigen (PSA) supaya kanser prostat boleh dirawat di peringkat awal.

Sebilangan kajian cenderung untuk menyokong kenyataan bahawa perubahan gaya hidup boleh memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser prostat seperti mengamalkan diet lemak rendah berasaskan tumbuhan, diet lemak rendah dan kandungan serat tinggi, pengurangan stres, latihan fizikal (sukan), memakan banyak ikan, sos tomato, suplemen diet yang berasaskan soya, jus delima dan lain-lain.

Kenali Gejala Kanser Prostat

1. Kerap membuang air kecil.
2. Aliran air kencing yang perlahan.
3. Kesukaran memulakan atau menahan aliran air kencing.
4. Keinginan untuk kencing yang kerap atau tidak boleh kencing, lebih kerap buang air kecil di waktu malam.
5. Kehadiran darah dalam air kencing.
6. Kesakitan kerap pada bahagian bawah belakang, pinggul dan bahagian atas paha.
7. Ejakulasi yang menyakitkan atau masalah mempunyai ereksi.
8. Sakit tulang dan lumpuh.
9. Rosak buah pinggang.
10. Penurunan berat badan.
11. Bengkak pada kaki dan tangan.

Rawatan-rawatan untuk kanser prostat ialah;

● Pembedahan sama ada terbuka atau dengan menggunakan robot.
● Rawatan radiasi rawatan hormon.

Kebanyakan lelaki muda alpa dengan penyakit kanser prostat kerana ia hanya menyerang lelaki berusia. Ia menyebabkan mereka tidak menyedari bahayanya.

Sikap ambil ringan boleh memberi kesan dimasa depan kerana apa yang dilakukan pada hari ini sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan pada masa tua kelak.

Jadi, sebab itulah penting untuk kita semua mengamalkan gaya hidup sihat dari sekarang.


sumber : sinarharian

Visit: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar