-->

Apakah TPPA

Apakah TPPA - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah pun dipersetujui oleh Malaysia bersama 11 lagi negara lain, dalam satu mesyuarat Menteri-menteri negara terlibat di Atlanta, Amerika Syarikat, bermula minggu lalu.




Selain dari Malaysia, negara anggota yang terlibat dalam rundingan TPPA ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

TPPA yang merangkumi perdagangan bebas melibatkan 40 peratus ekonomi dunia itu hanya akan berkuatkuasa selepas Parlimen kesemua negara yang terbabit dalam rundingan itu meluluskannya.
VIDEOPersetujuan dicapai dalam rundingan TPPA

Mari kita fahami serba sedikit apa itu TPPA.
Apa itu TPPA?

Ia merupakan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif merangkumi pelbagai skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan syarikat milik kerajaan.
Siapa yang terbabit?

11 negara terlibat ialah Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam, selain Amerika Syarikat.

Negara-negara ini mengeluarkan 40 peratus jumlah KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dunia bernilai AS$107.5 trilion (RM470 trilion), 26 peratus daripada jumlah dagangan dengan kira-kira 793 juta pengguna.

Pasukan perunding Malaysia diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad dan dianggotai oleh wakil daripada lebih 20 kementerian dan agensi.

Kenapa TPPA ditubuhkan?

Untuk menyediakan ruang dagangan sebebas mungkin dari mana-mana tarif, di samping mewujudkan set kuota perdagangan timbal balik.

TPPA merangkumi pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk kewangan, telekomunikasi, malah tahap piawaian keselamatan makanan.

Manfaat

VIDEO
Penyertaan Malaysia pada TPPA mampu beri manfaat

1. Meningkatkan eksport dan pertumbuhan ekonomi, sekaligus meningkatkan jumlah pekerjaan di negara terbabit.

2. Akses pasaran yang lebih besar bagi Malaysia dengan negara-negara yang Malaysia tidak mempunyai FTA iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Peru.

3. Perjanjian ini juga dikatakan mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat, kerana ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang membela kebajikan pekerja, termasuk berkaitan kadar gaji minimum yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.

4.  Bagi pasaran ini, di antara 2,000 hingga 4,000 tarif akan dihapuskan termasuk bagi produk di mana Malaysia mempunyai kepentingan eksport seperti produk elektrik dan elektronik (E&E), kayu dan produk kayu; tekstil; plastik dan produk plastik,minyak sawit dan produk minyak sawit.

5. Perjanjian TPP juga akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta input yang lebih murah untuk kegunaan industri.


Kebimbangan rakyat

1. Kedaulatan negara: Perjanjian TPP tidak menghalang Kerajaan daripada menggubal dan melaksanakan objektif dasar-dasar awam, terutamanya berkaitan  keselamatan negara, kesihatan awam, alam sekitar dan kebajikan.

2. Harga ubat-ubatan akan naik secara mendadak: Klausa perlindungan paten dalam Perjanjian TPP ini tidak banyak berbeza dengan peraturan yang sedia ada di Malaysia. Di bawah Perjanjian TPP, negara-negara yang terlibat hanya perlu melanjutkan perlindungan paten sekiranya terdapat kelewatan.

3. Perjanjian TPP dirundingkan secara rahsia: Hanya teks rundingan sahaja yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Sehingga kini, isu-isu dalam rundingan TPP telah dibincangkan secara terbuka bersama pihak-pihak berkepentingan.

4. Dominasi AS: Rundingan TPP bukan samata-mata mengenai AS sahaja kerana, selain Malaysia, terdapat 11 negara lain yang turut menyertai rundingan ini. Maka keputusan dalam rundingan ini akan dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kepentingan semua negara terlibat.

5. Sekiranya tidak menyertai TPP: Malaysia akan mengalami kerugian kerana pelabur mungkin akan memilih untuk melabur di negara-negara yang menyertai TPP bagi menikmati akses pasaran yang lebih baik.

Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar