-->

Tips melatih anak-anak berpuasa


Tips melatih anak-anak berpuasa


Tips melatih anak-anak berpuasa

1. Terangkan kepada anak-anak kelebihan berpuasa. Sungguhpun belum wajib bagi kanak-kanak tetapi mendatangkan pahala jika dilaksanakan dengan sempurna. Amalan puasa juga amat bermanfaat kepada kesihatan.

2. Mulakan dengan setengah hari bagi umur 4-6 tahun. Biarkan waktu berbukanya setelah azan zohor bagi minggu pertama. Minggu berikutnya, waktu berbuka adalah apabila azan Asar. Manakala minggu ke-3, waktu berbukanya sama seperti orang dewasa iaitu ketika azan Maghrib. In sya Allah berhasil dengan perlahan-lahan, terutama tahun pertama puasa.

3. Bagi anak-anak berumur 7 tahun ke atas, lazimnya mereka sudah mampu berpuasa seperti orang dewasa. Namun pastikan mereka memakan sahur. Sebaiknya terdapat kurma sebagai salah satu hidangan ketika sahur bagi membekal tenaga yang lebih lama in sya Allah.

4. Memberi galakan bukan paksaan. Dorongan dan kata-kata semangat untuk memotivasi mereka. Apabila mereka berpuasa dengan rela hati, mereka tidak rasa tertekan sebaliknya redho dengan susah payah mengharungi seharian berpuasa.

5. Janjikan hadiah atau ganjaran, sekiranya mereka berjaya berpuasa dengan cemerlang. Hadiah disampaikan setelah tamat bulan Ramadhan.
6. Seluruh ahli keluarga perlu tunjukkan ‘support’. Jangan pula ada orang yang lebih tua daripada mereka, tidak berpuasa.

7. Ajak mereka sekali bangun sahur. Untuk memudahkan mereka bangun sahur bersama kita, haruslah pastikan mereka tidur awal..

8. Sediakan mereka menu kesukaan, tanya mereka apa yang mereka nak makan kektika berbuka dan bersahur nanti.. Ini akan menambahkan semangat mereka untuk berpuasa.

9. Elakkan daripada mereka nampak makanan kegemaran seperti ais krim atau sebagainya semasa berpuasa. Sembunyikan dahulu pada waktu siang. Ini dapat mengurangkan kecenderungan mereka berbuka puasa sebelum tiba masanya.

10. Sibukkan mereka dengan aktiviti-aktiviti berfaedah terutama pada waktu petang seperti beriadah, bacaan ringan, bermain, melukis lukisan yang bertemakan kegembiraan berpuasa  dan seumpamanya. Oleh itu mereka kurang berfikir pasal makan atau lapar.

11. Pastikan makan tidak terlalu kenyang semasa berbuka. Makan buah dahulu. Ini juga point untuk melatih mereka supaya tidak berlebih-lebihan mengikut nafsu di samping mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Lepas solat Maghrib boleh sambung makan, itu pun jangan berlebih-lebihan.

Tips melatih anak-anak berpuasa


1. Inisiatif seperti menceritakan kelebihan-kelebihan bulan Ramadan dan pahala orang berpuasa sedikit sebanyak boleh digunakan dalam bentuk kiasan yang mudah untuk difahami. Contohnya, kaitkan hadis yang mengatakan ‘akan dibuka segala pintu syurga ketika bulan puasa.

2. Ibu bapa tetap perlu bijak memainkan peranan dalam memikat anak-anak untuk berpuasa seperti dengan cara membawa mereka bersama-sama membeli juadah berbuka. Cara ini mampu menarik minat mereka untuk terus berpuasa keesokan harinya.
Kita boleh tanya sendiri menu apa yang mereka suka untuk berbuka dan ini akan membuatkan mereka seronok untuk berpuasa lagi,” tambahnya. Pensyarah Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya(UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md.Nor pula berkata, bagi memujuk anak-anak belajar berpuasa mula-mula ibu bapa perlu beritahu apa maksud puasa, ganjaran, pahala dan dosa.
Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sangat gemarkan permainan dan menonton kartun. Oleh itu, galakkan mereka untuk menonton rancangan kartun berunsur keislaman seperti Upin dan Ipin yang banyak memberi teladan dan pengajaran,” katanya.

3. Ibu bapa harus diingatkan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipaksa untuk berpuasa. Oleh yang demikian, mereka boleh diajar berpuasa mengikut peringkat demi peringkat. Sebagai contoh, berpuasa dua jam, lima jam dan seterusnya mampu berpuasa penuh. Tambah Dr. Mariani lagi, ganjaran memberi duit sebagai hadiah apabila mereka berpuasa penuh harus cuba dielakkan kerana tidak ada istilah tawar-menawar antara anak-anak dan ibu bapa.
Katanya, ibu bapa harus memahami di mana anak-anak itu adalah tetap kanak-kanak yang harus dilentur secara perlahan-lahan. Selain daripada itu, ibu bapa perlu mengelak anak-anak daripada aktif bermain di luar kerana mungkin boleh meletihkan mereka. Tidak hairanlah jika ini menjadi salah satu faktor mereka untuk berbuka puasa awal daripada waktu yang sepatutnya.

4. Ibu bapa turut perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar mampu menangani kerenah anak-anak. Selain daripada memberi motivasi dan semangat, usaha untuk menarik perhatian mereka seperti membuat senarai menu kesukaan seperti nasi goreng, ayam goreng, hot dog dan sebagainya dapat menaikkan semangat anak. Didik anak-anak supaya mengurangkan menonton televisyen juga adalah salah satu cara mudah untuk menyuruh mereka berpuasa. Ini kerana di televisyen terdapat banyak iklan makanan yang mungkin akan menggugat iman si kecil.

Melatih anak-anak berpuasa merupakan tanggungjawab ibu bapa. Di samping sebagai latihan kepada anak-anak menjadi manusia yang taat, ibu bapa sedang menerima ganjaran daripada Allah s.w.t. Cantiknya Islam.
Pada zahirnya seolah-oleh membebankan kanak-kanak, tetapi sebenarnya mereka sedang dirangka untuk menjadi manusia yang seimbang dan cemerlang dari segi rohani, kebijaksanaan dan emosi.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar