-->

Zara Zya kenalinya jom baca

 Zara Zya
Zara Zya kenalinya jom baca-
 Biodata Profil Zara Zya
Nama penuh: Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin
Nama komersial: Zara Zya
Tarikh Lahir: 22 Oktober 1985
Tinggi: 153 cm
Berat: 42 kg
Kerjaya: Pelakon, model

Drama/Telefilem:  Tanah Merah (NTV7), Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda, Barat Ke Timur, Kisah Benar, Kudrat, Janji Kita, Suaramu, Kenduri Sakan, Bujang Sepah Lalalitamplom,
Sumayyah, Haryati2, Ais Krim, Roti dan Gol, KItab Rindu Terindah, Kampung Jaguh, Gerimis Yang Calar, Bilik No.13, Gila, Now And Forever

Teater:
Dan 3 Dara Terbang Ke Bulan
Lorong Neraka
Dari Bintang Ke Bintang


DRAMA Love You Mr. Arrogant nyata telah mengubah perjalanan seni aktres bernama Zara Zya ini. Bukan sahaja dari segi populariti namun turut mengubah persepsinya terhadap bidang lakonan.
Masakan tidak dalam sekelip mata namanya meledak sejak membintangi drama arahan Eoon Suhaini itu yang telah ditayangkan sejak 25 September lalu.
Mungkin ramai beranggapan gadis berusia 28 tahun ini orang baru dalam industri namun sebenarnya dia pernah membintangi beberapa drama antaranya Tanah Merah, Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak, Selipar Jepun Suria dan 3 Janji.
Bagaimanapun dalam tempoh lebih lima tahun bergelar pelakon namanya kurang menyengat sehinggalah dia mendapat watak utama, Zaara Amirah, gadis yang terpaksa berkahwin demi menyelamatkan syarikat suaminya.
Dia sendiri tidak menyangka dengan populariti yang diraih namun tidak menafikan itu menjadi pembakar semangat untuknya terus berada dalam dunia lakonan.
Ini kerana kata Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, dulu dia tidak mempunyai keyakinan untuk beraksi depan kamera kerana sifat malu yang menebal.
“Malah saya rasa nama saya langsung tidak dikenali kerana mutu lakonan yang teruk. Ketika itu saya sendiri cukup kecewa dengan pencapaian saya," kata lulusan bidang teater dari Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA) ini.
Akibat kekecewaan itu, Zara Zya yang cuba berjinak-jinak dengan lakonan selepas menamatkan pengajian ‘bersara’ seketika daripada dunia seni.
“Bertahun juga saya tidak berlakon dan hanya membantu menguruskan perniagaan keluarga," katanya yang akan menjalani penggambaran drama terbaharu, Tiga Hati Ibu tidak lama lagi.
Kikis perasaan
Hanya tiga tahun kebelakangan ini kembali meneruskan minat dalam lakonan, Zara Zya juga amat berterima kasih kepada ibunya yang banyak memberi sokongan dan dorongan.
Malah dalam tempoh itu juga, dia cuba mengikis perasaan malu yang menjadi ‘musuh utamanya’ apabila bekerja di depan kamera.
“Sebenarnya saya nak pandang mata pelakon lain pun saya malu. Itu kelemahan saya yang nyata dan itu juga yang mengagalkan saya dalam dunia lakonan sebelum ini.
“Namun saya cuba buang perasaan tersebut sedikit demi sedikit.
“Saya mula puas hati dengan mutu lakonan saya ketika membintangi telemovie Puteri Malam arahan Khabir Bakhtiar.
“Mungkin dari situ pengarah drama Love You Mr. Arrogant, Eoon Suhaini melihat kemampuan sebenar saya.
“Pada mulanya saya agak gementar untuk menerima tawaran Eoon Suhaini sebab saya takut drama ini rosak angkara saya.
“Namun saya fikir sekiranya saya tidak terima mungkin saya tidak mendapat peluang dan rezeki seperti ini lagi.
“Jadi saya cuba sedaya upaya memberi yang terbaik. Saya sedar tentang kekurangan yang ada pada diri saya, saya gagahkan juga dan Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan.
“Ada juga yang kata ini adalah rezeki terpijak saya. Tak kisahlah... Apa yang nyata Love You Mr. Arrogant telah menaikkan nama saya," ujar gadis kelahiran Perak dan dibesarkan di Selangor ini lagi.
Tajaan tudung
Membawakan watak gadis bertudung dalam Love You Mr. Arrogant, bagaimanapun di luar set penggambaran, Zara Zya adalah sebaliknya.
Akuinya, dia mendapat mendapat reaksi berbeza daripada peminat apabila kebanyakan mereka mahu melihat dia mengenakan hijab dalam dunia realiti.
Sehingga ada peminat berharap dia berperwatakan seperti watak Zaara Amirah yang dibawa dan sesetengah pula sanggup menawarkan tajaan tudung untuk dirinya.
Pun begitu kata Zara Zya: “Ini adalah diri saya di luar. Kehendak bertudung itu ada namun bagi saya belum tiba masanya lagi.
“Saya harap peminat faham, saya bertudung hanya untuk menjayakan watak tersebut sahaja. Insya-Allah sekiranya sudah sampai ‘seru’, saya akan lakukannya (bertudung)," jelas Zara Zya tanpa berselindung.


Artikel
Link Manfaat
Visit : Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar