-->

Tunku Hanis sedang bercinta dengan anak saudara Siti Nurhaliza

Perkembangan terbaru, Hanis bakal muncul dalam telemovie Cerita Sebenarnya Mengenai Bibah di saluran TV9. Selain itu dia baru saja selesai mejalani penggambaran telemovie untuk saluran Astro berjudul Qadar

Pelakon yang semakin mencuri tumpuan ramai, Tunku Hanis (Hanis) mengaku sedang bercinta dengan anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.
 
Atau lebih tepat, kekasih pelakon telemovie Cerita Sebenar Mengenai Bibah ini merupakan anak saudara kepada suami Dato' Siti iaitu Datuk K.
 
"Ya, saya sudah mempunyai teman lelaki. Dia berusia 30 tahun. Dia seorang ahli perniagaan. Konfem bukan suami orang!", sempat lagi gadis berusia 23 tahun ini berseloroh ketika ditanya pihak media mengenai kesahihannya sudah mempunyai kekasih.
 
Kemudian Hanis berkata lagi, "Kami dah kenal selama setahun. Kami dah pun berjumpa keluarga masing-masing. InsyaAllah kalau panjang jodoh kami mungkin paling cepat kami nak ikat tali pertunangan tahun depan. Sebenarnya teman lelaki saya itu adalah anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara. Tapi anak saudara sebelah suaminya iaitu anak adik Datuk K", kongsinya. 
 
'Dimaki' Rosyam Nor
Ditanya mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan, Hanis berkata dia mula minat berlakon secara tidak sengaja. Drama pertama yang dibintanginya sewaktu diusia 17 tahun. Begitu pun dalam teruja bercampur gemetar sewaktu ditawarkan untuk melakonkan wataknya, Hanis punyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan hingga saat ini iaitu dia pernah dimarahi oleh pelakon berkaliber, Rosyam Nor sewaktu di set penggambaran.
 
"Ketika tu saya sedang joging dan saya lalu di depan rumah Rashid Sibir. Kebetulan ada produksi sedang  menjalani penggambaran. Mereka menegur saya dan terus menawarkan saya watak. Mengelupur lah sekejap masa tu. Tapi dalam masa sama rasa teruja. Lebih-lebih lagi pelakon yang ada ketika itu, Rita Rudaini dan Rosyam Nor. 
 
"Masa berlakon tu pertama kali, jadi memang susah lah. Sampai saya kena juga marah dengan Rosyam Nor. Sejak tu saya terus semakin minat berlakin dan terus ambil kelas lakonan. Tapi saya ikuti kelas senyap-senyap sebab ibu bapa saya memang tak bagi saya terjun dunia lakonan. Saya, abang dan dua adik lelaki saya, kami adik beradik memang ditekan supaya megutamakan pelajaran. 
 
"Ada sekali tu, kami sekeluarga sedang menonton TV. Entah macam mana rupanya drama yang kami tonton tu adalah drama lakonan saya. Masa tu keluarga saya tahu yang saya berlakon dan saya kena marah. Tapi sekarang keluarga dah boleh menerima kerjaya saya. Cuma merea berpesan supaya saya sentiasa menjaga nama baik keluarga", dedah anak kedua dari empat adik beradik ini. 
 
..
 
Kerana minatnya itu juga Hanis yang merupakan penuntut jurusan undang-undang sanggup menangguhkan hasratnya bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level di United Kingdom.
 
"Tahun lepas saya dapat tajaan melanjutkan pelajaran di UK tapi saya tangguhkan dulu sebab sekarang ni saya tengah seronok berlakon", katanya yang menyerlah menerusi drama seperti Lelaki Itu dan Sedetik Cinta.






 Sumber
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar