-->

Pierre Andre kahwin dengan Hidayah



MULA berkenalan dua tahun lalu, namun tiada bibit-bibit cinta yang terbit di antara pelakon dan pengarah, Pierre Andre Nazrul Andre atau lebih dikenali sebagai Pierre Andre dengan model iklan, Siti Nur Hidayah Hashim.
Siapa boleh menolak jodoh ketentuan Tuhan. Pierre, 28, bertemu semula dengan Siti Nur Hidayah atau lebih mesra disapa Hidayah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Pertemuan semula itu telah menimbulkan bibit-bibit cinta, namun Pierre didatangi dengan perasaan was-was ketika mahu memperisterikan Hidayah kerana wanita itu seorang model. Ia ekoran Pierre sudah berhijrah dan mendalami ilmu agama sejak setahun lalu.
Pierre juga menerima cemuhan sesetengah orang yang mengatakan dirinya sudah berhijrah tetapi bercinta dengan model yang tidak bertudung.
"Ada orang mengata, saya sudah berhijrah tetapi kekasih tidak pakai tudung. Pada mulanya, ya, memang saya rasa 50 peratus was-was mahu memperisterikan dia tetapi selepas mengenalinya lebih dekat dia banyak ingatkan saya tentang solat, malah dia juga menjaga solatnya.
"Walaupun dia model tetapi dia tidak bergaul bebas dan tidak keluar malam. Kami saling membimbing dan disebabkan itu saya terbuka memperisterikannya," ujar Pierre yang akan terus membimbing isterinya selepas ini.

SIFAT sederhana yang ada pada diri Pierre merupakan antara faktor yang membuatkan Hidayah terpikat.

Gementar
Tepat pukul 2 petang, dengan sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM300, Hidayah, 26, sah menjadi milik Pierre yang juga merupakan anak kepada pelakon veteran, Khatijah Tan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang, Mohd. Zuhdi Razali.
Berkongsi rasa, Pierre mengakui berasa gementar sebelum diijab kabul, namun perasaan sedih mula menular selepas dia sah menjadi suami kepada Hidayah.
"Pada mulanya saya rasa gementar sampai hendak pengsan. Saya ingat mungkin tujuh kali saya diakad nikah sebab gementar sangat.
"Namun alhamdulillah, Allah lancarkan sebutan saya. Selepas akad nikah tiba-tiba rasa sebak dan baru saya tahu perasaan orang selepas dinikahkan," tuturnya sebaik selesai majlis akad nikah di Masjid Al-Ikhlas tersebut.
Sementara itu, Hidayah ketika ditanya mengenai apa yang membuatkannya tertarik dengan pengarah dan pelakon filem Jangan Pandang Belakang tersebut menganggap Pierre seorang yang sangat sederhana dan mereka juga memiliki banyak persamaan.
"Saya suka keperibadiannya yang sederhana. Kami juga banyak persamaan dari segi makanan kegemaran dan juga aktiviti yang dilakukan seperti joging," kongsinya sambil tersenyum manja memandang suaminya.
Selain mas kahwin, Hidayah juga menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 berserta tujuh dulang hantaran.
Antaranya adalah telefon pintar iPhone 5, set barangan kemas, beg tangan Guess, jam tangan, sirih junjung, telekung dan haruman.
Pierre pula menerima balasan sembilan dulang hantaran seperti buku penjagaan binatang, kamera, permainan video, jam tangan, kasut, manisan dan sirih junjung.

ANTARA barangan hantaran pengantin lelaki yang digubah indah istimewa untuk mempelai perempuan.

Teruskan karier peragaan
Ditebak sama ada dia bakal meneruskan pekerjaannya sebagai model memandangkan kini sudah menjadi isteri Pierre, ujar Hidayah, dia masih bekerja di bidang itu.
"Cuma saya akan meminta pandangan suami terlebih dahulu jika menerima mana-mana tawaran peragaan."
Disoal kepada Pierre pula, dia mengakui tanggungjawabnya semakin berat selepas menjadi suami.
"Isteri adalah anugerah Allah yang perlu dijaga oleh suami, bukan dikongkong atau diletak dalam peti kaca.
"Saya bersyukur dengan pemberian-Nya. Pemberian yang datang dengan tanggungjawab besar," ulasnya dengan penuh makna.
Pasangan tersebut masih belum mempunyai tarikh untuk mengadakan majlis resepsi.
Kemungkinan pihak perempuan akan mengadakan majlis resepsi selepas sambutan Aidilfitri manakala pihak Pierre pula pada bulan Disember nanti.

sumber: http://www.kosmo.com.my
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar