Kurang masa tidur beri kesan pada kesihatan


LOS ANGELES: Kajian awal mendapati kurangnya masa tidur dapat meningkatkan berat badan dan pengambilan makanan ringan meskipun ianya memberi kesan kepada kesihatan.

Namun, kajian terbaru menunjukkan kaum lelaki yang kurang mendapatkan tidur pada hari bekerja mendedahkan diri mereka kepada risiko diabetis tahap dua.

Pengkaji dari Institut Kajian Biomedikal Los Angeles mendapati sensitiviti insulin yang membersihkan glukos (kandungan gula dalam darah) meningkat dengan ketara selepas memperoleh tiga malam tidur yang cukup.

"Kita semua tahu bahawa tidur yang mencukupi sangat penting namun ianya sukar mungkin disebabkan tuntutan kerja dan gaya hidup yang sibuk," menurut ketua pengkaji Dr. Peter Liu.

"Kajian kami mendapati memanjangkan masa tidur boleh meningkatkan penggunaan insulin badan sekaligus mengurangkan risiko diabetis tahap dua lelaki dewasa."

Liu dan pengkaji dari Universiti Sydney di Australia menjalankan kajian ke atas 19 lelaki sihat yang tidak menghidap diabetis namun dilaporkan mendapatkan tidur yang singkat pada hari bekerja.

Responden memberitahu secara purata mereka hanya mendapatkan kira-kira enam jam waktu tidur pada hari bekerja dan dua jam lebih waktu tidur pada hujung minggu.

Rekod tidur mereka disahkan oleh aktigrafi (kaedah memantau kitaran rehat manusia) yang dililitkan pada pergelangan tangan.

Kaum lelaki memperuntukkan tiga malam di makmal dalam masa dua minggu yang berasingan.

Pengkaji memberi dua daripada tiga pilihan: (1) tidur 10 jam, (2) tidur enam jam atau (3) 10 jam di atas katil dengan sedikit gangguan bunyi.

Pagi hari keempat, pengkaji mengukur kadar bacaan gula dalam darah dan tahap insulin. Responden diberi makanan yang sama maka faktor pemakanan tidak mempengaruhi keputusan menurut Liu.

Lelaki yang tidur 10 jam pada tiga malam berkenaan mendapati sensitiviti insulin lebih baik daripada sebelumnya.

Liu membentangkan hasil kajiannya minggu ini di Mesyuarat Tahunan Persatuan Endokrin ke-95 di san Francisco, Amerika Syarikat - Astro Awani
sumber: http://rossacalla.blogspot.com






[ Produk Online ]

Recent Posts
  • Sertai Wansite
  • Total Pageviews