-->

Tips penulisan blog supaya jadi berpengaruh

Salam ceria untuk anda yang dihormati,  
Kali ini, admin ingin kongsikan 3 tips penulisan berpengaruh khas buat para sahabat penulis blog semua.
Tuan puan boleh amalkan teknik-teknik ini untuk meningkatkan keyakinan dan kredibiliti tuan puan di mata pembaca (dan seterusnya melakukan jualan!).

#1 - Buat Kajian, Baru Tulis
Proses penulisan berpengaruh harus dimulakan dengan kajian dan pembacaan. Luangkan sedikit masa untuk membaca buku-buku ataupun blog-blog berkaitan dengan artikel yang bakal ditulis.

Apabila kita membuat kajian seperti ini, kita secara tidak langsung boleh menguatkan lagi penyampaian kita melalui data-data dan fakta-fakta berkaitan. Di mata pembaca, mereka fikir anda seorang yang berpengetahuan luas berkenaan dengan sesuatu topik itu apabila anda sertakan maklumat-maklumat seperti ini.

#2 - Sebab Dan Kenapa
Biasakan diri untuk 'bercerita' dan 'memukau' pembaca dengan sokongan sebab-sebab berkaitan. Jika menerangkan sesuatu kebaikan ataupun keburukan, beritahu kenapa ianya baik ataupun sebaliknya.

Sebagai seorang manusia biasa, kita cenderung untuk tahu kenapa sesuatu perkara itu baik ataupun tidak kepada kita. Sebab-sebab ini tidak perlu terlalu panjang. Pendek sudah memadai.

#3 - Petikan Sumber Berpengaruh
Yang terakhir adalah, cuba untuk kongsikan pautan berkaitan (yang diperoleh semasa kajian di dalam poin pertama) kepada pembaca di dalam artikel blog yang ditulis.

Lebih baik, sumber-sumber ini adalah daripada blog ataupun laman web yang mempunyai autoriti yang reputasi yang baik. Apabila kita meletakkan petikan ataupun pautan seperti ini, pembaca akan fikir kita memang benar-benar serius ingin berkongsi sesuatu maklumat dengan mereka.

***

Semoga dengan 3 tips ini, penulisan tuan puan lebih baik dan mudah diterima oleh para pembaca.
Selamat mencuba!




p/s : Terima kasih kerana anda sudi baca blog wansite :)

Anda boleh hantar artikel anda ke mydatabest@yahoo.com - untuk diletak  ke blog ini setelah ditapis oleh admin :)












NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar