-->

Puteri Sarah Liyana bercinta dengan Syamsul Yusof




Pelakon dan model, Ammar Alfian Aziz mendedahkan bahawa bekas kekasihnya yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana kini sedang bercinta dengan pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof.
Menurut laporan dari sebuah portal hiburan tempatan, Ammar berkata, dia mendedahkan hubungan bekas kekasihnya itu kerana bosan dengan sikapnya yang sering memburukkan namanya di media serta krew-krew produksi lain.
"Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak. Tanyalah Datuk Yusof Haslam tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya."
Tambah Ammar lagi, Puteri Sarah yang sudah menukar imej dengan bertudung, tidak sepatutnya menjaja perihal peribadi selain memburuk-burukkan perhubungan mereka dahulu.
"Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.
"Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya. Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya."
Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan Puteri Sarah sedang mengenali hati budi Syamsul Yusof selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama tetapi Puteri Sarah menafikannya.
Dalam pada itu, Ammar memberitahu kini sudah pun mempunyai kekasih hati baru iaitu seorang model bernama Shella.
sumber:  Tupai.com.my
 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar