-->

Zhafran Yusof rancang meminang Fouziah Gous


Pengakuan aktres cantik berdarah kacukan, Fouziah Gous, mengenai statusnya kini yang sudah berpunya telah mengejutkan ramai pihak terutama sekali peminat dan juga media. Tiada siapa dapat menghidu rahsia dia yang sedang dilamun cinta itu sehinggalah bekas pramugari itu meletakkan gambar mereka berdua di Instagram miliknya pada minggu lalu.
Jejaka yang menjadi pilihan wanita berusia 30 tahun ini adalah Zhafran Yusof,30,atau lebih mesra disapa Zhaf. Pada mulanya dia keberatan untuk ditemubual ketika dihubungi kerana bimbang dikatakan menumpang populariti Fouziah, namun dia tetap berkongsi cerita mengenai wanita yang berjaya mencuri hatinya itu,
"Saya sudah mengenali Fouziah lebih kurang setahun cuma kami mula keluar bersama dua bulan yang lalu. Fouziah saya kenal melalui adik kepada kakak iparnya yang merupakan teman saya. "Pertemuan pertama kami ketika itu saya tahu dia berada di sekitar kawasan rumah saya dan saya mempelawanya untuk makan malam. Yang menarik tentang Fouziah, dia seorang yang tidak sombong, rileks, bercita-cita tinggi,fokus dan bijak. Dia mempunyai visi dan misi dalam kehidupan serta mentaliti yang jarang saya temui pada wanita lain.
"Chemistry di antara kami sangat kuat dan daripada itu hati saya kuat mengatakan dia adalah calon yang tepat untuk menjadi pasangan hidup saya. Kerana itu kami bercadang untuk mempercepatkan pernikahan.
"Rancangan saya untuk meminang dia pada Jun ini dan bercadang untuk melangsungkan pernikahan pada September iaitu selepas raya, InsyaAllah,"cerita Zhaf, ahli perniagaan yang berjaya mencuri hati aktres berdarah Pakistan - Cina itu.
Sebagai pelakon, Fouziah Gous pastinya mempunyai komitmen yang besar dalam dunia seni tersebut dan berbeza pula dengan Zhafran yang bekerja di bidang perniagaan. Namun begitu Zhaf tidak memandang status Fouziah sebagai selebriti itu perkara yang negatif malah dia menyokong jika Fouziah mahu meneruskan kariernya itu walaupun setelah berkahwin. "Dia berjaya memikat hati saya kerana dirinya sendiri bukannya kerana dia selebriti. Bila bersama dengan dia saya tidak rasa dia seorang artis kerana pembawakan dirinya yang sederhana. Keikhlasan dia dapat saya rasakan.
"Selepas berkahwin pun saya tetap akan menyokong kariernya. Kami juga telah merancang untuk menjalankan perniagaan bersama selepas kahwin iaitu bisnes bird nest (sarang burung) sebagai mata pencarian dia selain daripada menjadi pelakon,"ujar Zhafran yang dihubungi pihak Murai.com.my, petang semalam.
Pengakuan daripada Fouziah pada minggu lalu telah disambut baik semua pihak dan khabarnya Zhaf juga telah membawa aktres itu bertemu pihak keluarganya. Berita gembira ini juga telah menutup cerita dan gosip mengaitkan Fouziah dengan VIP sebelum ini.

Menurut Fouziah pula di akhbar Harian Metro semalam, dia lebih suka bercinta selepas berkahwin untuk mengelakkan berlakunya perkara yang kurang manis dan melanggar batasan agama. Rancangan untuk majlis perkahwinan dan persandingan juga akan disegerakan. 
sumber



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar