-->

Wanita akan diberi banyak peluang perniagaan




KUALA LUMPUR:Manifesto BN: Dalam usaha memastikan kaum wanita lebih berkeupayaan untuk berdikari, Barisan Nasional (BN) berjanji untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan mereka.

Selain itu, BN juga berjanji akan mewujudkan lebih banyak insentif untuk kaum wanita bekerja dari rumah, dengan lebih penekanan kepada golongan ibu tunggal, menurut Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke 13 yang bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu.
Dasar-dasar kerajaan BN selama bertahun-tahun telah memberikan pilihan kepada wanita untuk berada di barisan depan perniagaan dan inovasi tanpa mengetepikan naluri semula jadi mereka sebagai suri rumah.
Selain itu, BN juga berjanji akan menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional, dan menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang tanpa mengira jantina.
BN dalam manifestonya juga akan melipatgandakan usaha untuk menghapuskan gangguan seksual dan penderaan di rumah dan tempat kerja, dengan mengetatkan undang-undang demi menyediakan persekitaran yang lebih selamat kepada kaum wanita.
Kerajaan BN setakat ini telahpun meluluskan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja serta meluluskan garis panduan tentang gangguan seksual di tempat kerja dalam Perkhidmatan Awam.
Manifesto BN juga berjanji akan membuka pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.
Dalam usaha mempertingkatkan kedudukan wanita dalam membuat keputusan, kerajaan BN telahpun melaksanakan dasar bagi memastikan penyertaan wanita dalam membuat keputusan korporat dengan menggalakkan pelantikan wanita sehingga 30 peratus daripada jawatan-jawatan tertinggi korporat, dan sekurang-kurangnya seorang wanita dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat GLC.Kerajaan BN juga telah memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) yang menyediakan latihan kemahiran keusahawanan kepada ibu tunggal, dan mewujudkan program GetMalaysian Business Online (GMBO) dengan peruntukan RM50 juta untuk meningkatkan jualan produk-produk usahawan wanita secara online.
Selain menambah jumlah cuti bersalin untuk wanita dalam sektor awam daripada 60 hari kepada 90 hari, kerajaan BN juga telah menyediakan pemeriksaaan percuma mamogram untuk wanita dan imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) kepada remaja perempuan. - BERNAMA

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar