-->

Membina sejuta rumah mampu milik




KUALA LUMPUR:Manifesto BN:  Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang digerak oleh sektor awam dan swasta.
Perkara itu dinyatakan dalam Manifesto BN bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancar Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu, yang turut menjanjikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.
BN juga berjanji untuk memperkenal skim sewa dan milik bagi projek perumahan kerajaan, memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli dan mengambil alih penyelenggaraan semua

Projek Perumahan Awam.
Selain itu, BN akan membantu pemilik berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka serta memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja melalui perkongsian Kerajaan-Estet.
Manifesto itu turut menyebut bahawa gabungan berkenaan akan menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.
Bagi pembelian rumah pertama pula, BN berjanji untuk memansuhkan yuran setem rumah pertama yang berharga di bawah RM400,000 jika diberi mandat sebagai kerajaan bagi tempoh lima tahun lagi.
Menurut manifesto itu, dasar kerajaan BN selama bertahun-tahun adalah memastikan bekalan semua jenis rumah untuk rakyat mencukupi, oleh itu, BN telah menyediakan kemudahan tabung RM1.2 bilion untuk PR1MA bagi pembinaan 80,000 rumah di lokasi permintaan tinggi pada tahun ini.
Setakat ini, kerajaan BN juga telah memulihkan 126 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 30,000 unit dan menyediakan RM307 juta pada 2012 dan 2013 untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai. - BERNAMA
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar